Kelas Parenting Antenatal & Penyusuan Susu Ibu

Kelas parenting antenatal dan penyusuan susu ibu.

Ilmu parenting ni wajib ibu dan ayah ambil tahu. Anak kecil yang baru lahir adalah di ibaratkan seperti kain putih. Suci , polos, innocent .. begitulah takrifannya.

Beralih alam dari rahim ke dunia adalah sesuatu yang ‘totally strange’ dan baru buat anak kecil kita. Peralihan dari kehidupan honeymoon berdua kepada bertiga juga adalah sesuatu yang janggal untuk new parents.

Benda baru kan.. dah tentu perasaan kekok dan serba tak tahu akan kita rasai. Maka sebab itulah, persediaan ilmu parenting harus dipelajari.

Menyambut kelahiran orang baru dalam famili sepatutnya menjadi moment yang indah untuk dikenang. Jadi, janganlah dirosakkan dengan perasaan murung, kepenatan melampau, bergaduh suami isteri yang berpunca dari kita kurang ilmu di dada.

Kelas parenting antenatal & penyusuan : The 4th Trimester oleh team Fee Wellness Centre.

Kenapa the 4th Trimester?

Kebanyakkan kelas parenting atau antenatal kurang memberi fokus kepada pemulihan pasca kelahiran. Kerana itulah kami tampil membawa sedikit kelainan.

The 4th trimester merujuk kepada tempoh postpartum selama 6 minggu selepas kelahiran bayi. Hakikatnya walaupun fasa mengandung dan bersalin masing-masing mempunyai cabaran tersendiri, fasa ‘berpantang’ pada sesetengah pasangan adalah kemuncak yang paling ekstrem.

Jarang ibu ayah diperingatkan tentang challenges yang menunggu di fasa ini.

Tak cukup tidur.

Cluless macam mana nak mandikan bayi, baby kembung ke, tali pusat baby bila nak tanggal?

Bengkak susu , susu tak keluar , bayi merengek, bayi tak pandai menghisap puting.

Kepenatan melampau.

Sakit badan, lenguh , sakit kepala, lemah longlai.

Tertekan, rasa nak marah, rasa nak nangis pun ada.

motherhood lethargy

Bagaimana kelas parenting antenatal & penyusuan : The 4th Trimester ini boleh membantu mempersiapkan new parents?

 

    1. Teori dan praktikal sebenar memang tidak akan sama. Tetapi sekurang-kurangnya info yang kami kongsikan membantu ibu ayah untuk anticipate atau menjangkan kan bagaimana situasi ketika berpantang nanti. Pendek kata persediaan minda sudah ada.

    1. Topik yang dibawakan lebih relevan dan berkait kepada tempoh pasca kelahiran.

    1. Kami juga menyediakan telegram support group untuk ibu yang ingin bertanyakan sebarang persoalan atau permasalahan. Kalau masa pantang nanti tiba-tiba panik , jangan risau kami ada support group sebagai talian hayat ibu. Jangan gabra sorang-sorang.

Topik menarik di dalam kelas parenting antenatal & penyusuan : The 4th Trimester

 

Harga untuk pelaburan ini hanyalah RM 85 untuk 2 orang. Ibu boleh sertai webinar secara live bersama suami, ibu, rakan, CL, pembantu rumah, atau sesiapa sahaja yang akan menjaga anda ketika berpantang nanti.

Topik parenting dan penyusuan yang akan dikupas juga menarik dan amat relevan. Berbaloi kan!

Menjadi ibu bapa buat pertama kali atau berkali-kali adalah rezeki dan kurnian Allah swt. Maka mainlah peranan anda sebagai ibu ayah dengan sebaik nya.

“Strictly important” knowledge jika ….

 

    • Ibu bakal bersalin twin atau triplet atau lebih. 😛 . Kalau seorang pun dah kelam kabut apatah lagi pakej berdua bertiga.

    • 1st time parents. Please elakkan jadi parents yang terpinga-pinga.

    • Bakal bersalin di usia lewat. Makin kita berusia , stress coping tolerance nak jaga newborn ni makin menurun, so persediaan ilmu perlu before nak masuk battle field.

    • Berpantang sendiri tanpa helper. Ilmu yang bermanfaat tu lah yang akan menjadi peneman setia.

    • Juga sesuai dihadiri jika anda adalah seorang caretaker, babysitter mahupun experienced parents.

Jom daftar kelas parenting antenatal dan penyususan : The 4th Trimester.

Klik link untuk mendaftar https://forms.gle/1haWRsnK92BSjnfr6

Info lanjut berkenaan kelas sila whatsapp ke https://wa.link/mi573i

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *