Bengkung bersalin Razowa Bengkung 3 saat

bengkung 3 saat razowa

Bengkung bersalin Razowa Bengkung 3 saat. Ibu ibu hamil yang nak dapatkan bengkung 3 saat dari Razowa yang viral tu.. jom click link ni untuk pembelian. https://shopee.com.my/pudinastore

Berbengkung antara amalan berpantang yang amat penting selepas bersalin. Kalau bahasa moden nye belly binder. Bengkung bukan bertujuan untuk kurus atau lansingkan badan. Bengkung dipakai untuk memberi sokongan dan memegang bahagian rahim atau peranakan, otot lantai pelvic dan abdomen.

Kehamilan mengakibatkan perubahan berlaku pada tubuh badan ibu. Organ dan otot memberi ruang kepada bayi untuk membesar di dalam rahim menyebabkan kedudukan organ sedikit dihimpit dan otot pula meregang. Selepas bersalin, tubuh ibu perlu pulih ke keadaan asal, organ dan otot perlu kembali ke posisi normal.

Memakai bengkung dengan kaedah yang betul semasa berpantang membantu pemulihan serta menyokong otot pelvic. Kombinasikan bersama senaman kegel , kedua-dua amalan ini ( bengkung + kegel ) amat baik untuk menguatkan otot pelvic wanita. Jika otot pelvic ini lemah biasanya wanita akan mengalami keadaan seperti :

  1. Sukar untuk mengawal pembuangan air kecil atau bahasa mudah senang terkucil.
  2. Bila membongkok atau mengangkat benda berat , angin akan keluar atau terkentut melalui vagina atau anus.
  3. Mengalami rasa sakit ketika melakukan hubungan intim bersama suami.

Pemakaian bengkung juga memberi efek kompresi ( compression ) kepada otot dan ligamen agar ibu lepas bersalin berasa selesa ketika bergerak dan kurang sakit pinggang/pinggul.

Berapa lama perlu pakai bengkung ni?

Berbengkung selama tempoh berpantang 44 hari tanpa culas digalakkan oleh kebanyakkan bidan urut. Rekomendasi pakar sekitar 2-12 minggu selepas bersalin.

Bagaimana cara nak pakai bengkung?

Elakkan mengikat bengkung terlalu ketat ketika di awal berpantang. Semakin hari boleh lah diketatkan pemakaiannya mengikut kesesuaian. Bengkung tidak seharusnya dipakai hingga menggangu pergerakan dan mengakibatkan sukar bernafas. Membeli bengkung pastikan jenis kain nya selesa dan tidak keras, bengkung mudah laras dan paling elok jika cover dari bawah dada hingga pinggul.

bengkung 3 saat razowa

Kelebihan bengkung 3 saat razowa?

Kenapa kami suggestkan bengkung 3 saat razowa ni:

  1. Mudah nak pakai dalam 3 saat jer. Boleh pakai sendiri. Kalau susah nak lilit dan ikat jawabnya tak kan pakai. Bila tak pakai maka tak dapatlah manfaat berbengkung. Kita semua nak elak penyakit kan.
  2. Bersalin normal atau ceaser , keduanya sesuai.
  3. Kain belacu di belakang dan velcro boleh laras di depan. Kain tidak keras boleh bend over dengan selesa. Nak ke toilet tak perlu tahan kencing. Buka bengkung kemudian zap kan balik. easy!
  4. Ada 3 saiz. S hingga ke 3XL. Free size , Plus size dan Extra plus size. Jangan beli bengkung yang sendat dan ketat. JANGAN. Beli yang sesuai dengan saiz badan kita.

Untuk pembelian bengkung 3 saat ni just click link ini untuk ke shopee.

https://shopee.com.my/pudinastore

bengkung razowa

Kalau takde akaun shopee boleh whatsapp kami terus di link ini https://wa.me/60108355496

Tak lengkap berpantang tanpa bengkung razowa. Jom angkat satu before due date ok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *