Bakal berpantang musim PKP-covid-19 ni? Untuk memudahkan ibu – ibu berpantang dengan selesa dan lengkap pudina confinement kini menawarkan menu berpantang delivery ke Shah Alam dan sekitar Lembah Klang yang berdekatan.
Lega nya sekarang dah tak perlu risau satu perkara yang paling merimaskan masa berpantang. NAK MAKAN APA? SIAPA NAK MASAK?.
Haa.. memasak ni kerja remeh juga nak-nak masa tengah berpantang. Dengan badan lesu, letih tak ridur malam, tiap-tiap hari pula nak kene fikir apa nak makan esok.
Menu berpantang delivery dari Pudina confinement special sebab:
- Harga kami sangat berpatutan tetapi masih menggunakan bahan-bahan premium. Pilihan ikan yang bersesuaian untuk ibu berpantang untuk mengelakkan sebarang reaksi alahan seperti ikan tenggiri. Jenis ayam yang dipilih ialah ayam organik dari jenama Nutriplus Air-chilled atau ayam AQINA yang bebas antibiotik, bebas growth hormone dan mempunyai rasa yang lebih enak dan berjus. Daging lembu pula didapatkan dari lembu tempatan dan pengusaha tempatan COLLA BEEF. Nak buat aqiqah anak pun boleh deal dengan mereka. Diyakini daging lembu tempatan dan bukan daging kerbau atau kangaroo ya!
- Pilihan menu pula pelbagai dan berbeza setiap 10 hari seperti di bawah. Seleksi makanan pula lebih kepada modern fusion & nyonya style , macam satu malaysia gitu!

Jika nak add on confinement tea juga ada. Confinement tea ini bagus untuk hidrasi, memanaskan badan dan memperbanyakkan susu. RM 10 untuk satu botol 400ml.
Ok sekarang dah decide untuk menempah? Ibu – ibu boleh merujuk kepada butiran di bawah.
Tak perlu dah nak susahkan mak untuk memasak makanan berasingan untuk kita. Kalau berpantang di rumah mertua lagi lah , segan nak minta mertua masakkan untuk menantu.
Harga menu berpantang ialah RM 40 sehari sahaja. Ibu akan menerima 1 jenis lauk dan 1 jenis sayuran untuk porsi makan tengahhari dan makan malam. Caj delivery tambahan dikenakan bergantung kepada paparan harga di aplikasi Lalamove.
Untuk menempah ibu boleh lah click link di bawah untuk menerima sebut harga final. https://www.pudinaconfinement.com/requestquotation/
Jika bersetuju dengan jumlah keseluruhan, pembayaran boleh dilakukan ke akaun bank seperti tertera pada invoice yang diemelkan.
Tempahan awal diperlukan ya sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari delivery.
Jangan lupa like dan follow pudina confinement di social media facebook dan instagram untuk info terkini.
JOM BERPANTANG DENGAN SYOK!