Posisi tidur ibu hamil

posisi tidur ibu hamik

Posisi tidur ibu hamil yang disarankan. Meniarap? telentang?mengiring?

Ramai ibu hamil dapati cara yang paling selesa untuk melelapkan mata ialah dengan berbaring secara mengiring. Tak kurang juga ibu-ibu yang paranoid dan risau jika mereka terlelap dalam keadaan posisi terlentang ( sleep on your back ).

Jangan panik di tengah-tengah malam, sekiranya ibu terjaga dan berada pada posisi terlentang , mengiringkan sahaja kedudukan badan ke tepi dan sambung lah tidur semula.

Mengapa Ibu Hamil Disarankan Tidur Dalam Keadaan Mengiring?

Antara sebab saranan ini ialah kerana manusia mempunyai saluran arteri (pembuluh darah utama) yang besar di bahagian jantung dipanggil Aorta. Aorta ini berperanan untuk mengangkut darah beroksigen ke seluruh badan.

Apabila ibu hamil berbaring dalam keadaan terlentang, terutamanya apabila menghampiri trimester ke-3, ketika saiz uterus ibu semakin membesar dan berat ia akan menghimpit dan menekan saluran aorta ini. Seterusnya menyekat aliran darah ke organ-organ seluruh badan, termasuklah organ yang penting buat bayi iaitu PLACENTA.

Jika placenta yang menghubungkan ibu dan bayi tidak menerima aliran darah beroksigen yang baik, ini bermakna bekalan oksigen bayi boleh terjejas. Hal inilah yang mengundang bahaya.

Berita baiknya, sekiranya kejadian di atas berlaku, ibu biasanya akan menunjukkan beberapa simptom agar ibu alert.

Ibu mungkin akan berasa pening, seakan mahu pengsan, rasa tidak stabil apabila berdiri atau berasa mual.

Simptom ini ialah sebahagian daripada mekanisma pertahanan badan untuk memberitahu sesuatu tidak kena pada tubuh badan ibu.

Kesimpulannya , untuk tidur yang lebih lena dan berkualiti ketika hamil, tidurlah dalam posisi mengiring SOS (Sleep on side). Lebih afdal dalam posisi mengiring ke kiri untuk ibu hamil. Sekiranya di sepertiga malam ibu terjaga dan berada dalam keadaan terlentang, ubah sahaja posisi tidur ibu. Bantal khas untuk ibu hamil juga mungkin boleh membantu.

Untuk tips tidur lebih lena ketika hamil boleh klik di sini.

Untuk tips tidur lebih selesa dan lena ketika berpantang , ibu-ibu boleh mendapatkan sesi postnatal massage bersama pudina confinement

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *