Pakej Berpantang dan Urut Selepas Bersalin 2020

pakej berpantang dan urut selepas bersalin

Antara perkara pertama yang bermain di fikiran ibu dan ayah, pertama kali mendapat khabar gembira sudah tentulah persiapan menyambut bayi. Bila nak buat buku merah, nak bersalin di hospital mana, kelengkapan bayi , kelas antenatal yang best, nama bayi dan seumpamanya. Rata-rata berkisar tentang kehamilan dan bayi. Bagaimana dengan perancangan selepas bersalin nanti? Perlu ke cari pakej berpantang dan urut selepas bersalin nanti?

Ya lah! Apa perlu ibu dan ayah rancang untuk tempoh berpantang nanti?

Jangan ambil remeh soal perancangan ketika berpantang. Pelan kehamilan dan kelahiran perlu juga diselitkan bersama pelan berpantang. Tempoh ini juga kritikal kerana fasa ini ibu mungkin berada dalam keadaan letih , keliru dan masih beradaptasi dengan si kecil. Kalau tidak bersedia sedari awal , ibubapa mungkin akan terkejut dengan situasi baru ini.

Dulu-dulu berpantang di kampung saja. Tiada khidmat pakej berpantang dan urut selepas bersalin di bandar. Susah nak cari.

Jika dahulu di tahun sebelum 90an, kebanyakkan ibu selepas bersalin pasti akan berpantang di kampung atau di rumah mertua. Seluruh keluarga akan membantu menjaga ibu dan bayi dalam tempoh 30 ke 44 hari berpantang. Nenek kita zaman dahulu tidak bekerja dan hanya duduk di rumah. Mereka juga masih mempunyai pengetahuan tentang ilmu berpantang serta pandai mengurut orang bersalin. Berbeza dengan keadaan zaman 20an kini. Ibu kita sekitar umur 40an-50an masih bekerja. Malah, majoriti mungkin sudah tidak tahu aturan berpantang dengan betul apatah lagi mahu mengurut.

Wujunya pudina confinement menawarkan pakej berpantang dan urut selepas bersalin.

Tahun 2015 pudina confinement mula menawarkan perkhidmatan pakej berpantang dan urut selepas bersalin kepada ibu sekitar Kuala lumpur dan Selangor. Alhamdulillah , dengan sambutan yang baik kami mula menapak ke lokasi lain iaitu di Ipoh , Nilai dan Seremban. Besarlah harapan kami agar dapat memberi nilai tambah buat ibu-ibu berpantang di kawasan tersebut.

pakej pantang urut selepas bersalin

Antara jenis rawatan berpantang yang ditawarkan di dalam pakej ialah seperti urutan selepas bersalin, tungku , bertangas , pemakaian param pilis dan tapel , berbengkung , lulur dan penyediaan menu pantang serta urutan bayi. Mengetengahkan konsep berpantang traditional melayu, pelanggan kami tidak terhad kepada bangsa melayu malah dari kaum cina, india dan bangsa asing seperti pakistan, arab, eropah juga ada.

pakej berpantang urut selepas bersalin

Berpantang ni karut?

Kami percaya amalan yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita ini hanyalah bertujuan baik untuk mengembalikan kecergasan ibu selepas bersalin sesegera yang mungkin. Ibu rasa anda ada masa nak sakit-sakit badan? Haha dah macam iklan panadol pun ada.

Bayangkan ibu perlu berjaga malam dengan karenah si kecil yang tidak mahu tidur, perlu bangun untuk menyusu setiap beberapa jam. Itu belum lagi perihal melayan si kakak dan abang yang lain. Memasak untuk keluarga , mengemas rumah , mengurus pakaian. Membaca saja pun sudah terasa serabut.

Kerana itulah terapis berpantang sedia membantu dan urut selepas bersalin sangat melegakan. Jom baca apa kata ibu.

rasa bertenaga selepas berurut
urut selepas bersalin
pakej berpantang

Menurut kajian juga , banyak kebaikan yang diperoleh oleh ibu selepas bersalin apabila mereka berurut. https://americanpregnancy.org/first-year-of-life/postpartum-massage/

So ibu-ibu sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Nilai dan Seremban tempah pakej berpantang anda awal-awal. Barulah tenang dalam labour room nanti.

Minta sebut harga pakej di sini https://www.pudinaconfinement.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *