Pakej berpantang 2021 dan Urut selepas bersalin

pakej pantang 2021

Kepada bakal ibu ayah yang mencari pakej berpantang untuk tahun 2021, jom usha pakej urut selepas bersalin yang pudina confinement tawarkan.

Persediaan awal ialah perkara paling mustahak dalam menyambut kelahiran orang baharu dalam keluarga. Tidak bersedia, clueless, kelam kabut adalah antara istilah yang kita mahu elakkan dari berlaku.

Ibu ayah tahu tak antara keluhan paling banyak kami dengari dari ibu selepas bersalin ialah ” SAYA INGATKAN BERSALIN TU PALING NGERI, RUPANYA MASA BERPANTANG LAGI..LAGI..LAGI MENCABARRRR YA AMPUN “

Yang paling mencabar tentunya jika ada komplikasi seperti sembelit, luka jahitan sehingga trauma nak ke bilik air. Sakit dan peritnya rasa apabila payudara mulai membengkak juga antara pengalaman yang ibu selepas bersalin rasai. Perjalanan penyusuan susu ibu itu sendiri, mungkin akan ada pahit manisnya, lebih pahit jika ibu ayah tiada ilmu. Hal ini lebih dirumitkan dengan keadaan di mana ibu ayah keduanya tidak cukup tidur dan tidak menjamah makanan yang berkhasiat dek kerana masih struggle beradaptasi dengan kehidupan baru.

Postpartum blues & depresi boleh berlaku kepada ibu mahupun bapa. Both of you!

Situasi di atas adalah realiti. Setiap kali berpantang juga lain cabarannya. Alangkah lebih baik jika tempoh selepas bersalin nanti kita ditemani oleh seseorang yang boleh fokus menjaga ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Itulah peranan seorang terapis berpantang atau confinement lady. Sebaiknya jangan kita susahkan ibu bapa atau keluarga mertua. Tanggungjawab mengasuh dan membesarkan zuriat terletak di bahu kita sendiri. Kalau mak datang rumah pun sekadar nak memantau sahaja atau nak bermanja manja dengan cucu.

pakej berpantang 2021
Pakej berpantang 2021 dari Pudina confinement

Peranan terapis berpantang atau confinement lady amat signifikan

Pilih la individu yang terlatih dalam penjagaan ibu selepas bersalin dan caring. Rasa macam mak atau kakak kita juga yang menjaga.

Fasa berpantang ibu perlukan penjagaan agar boleh segera memulihkan keadaan tubuh badan. Sokongan dari terapis aka CL juga banyak membantu meringankan kerja-kerja seperti memasak dan menguruskan bayi. Selain itu ibu juga ada kawan bersembang. Paling penting sebenarnya ialah rawatan traditional yang dilakukan oleh terapis seperti berurut , berbengkung, bertangas, param pilis yang membantu mengembalikan kecergasan badan dengan segera.

Ramai yang khuatir akan kos yang perlu dibayar? Sebenarnya amalan menabung sedari awal kehamilan sangat membantu. Tambahan lagi, ibu dan ayah perlu ada pelan kewangan untuk pertambahan ahli keluarga ini.

Senaraikan jumlah kos yang wajib atau perlu dikeluarkan seperti kos perubatan/ kelahiran bayi , kos akikah , kos lampin bayi, kos alatan sokongan penyusuan (ini pun dapat potongan cukai tau) dan kos penjagaan berpantang contohnya.

Kemudian senaraikan pula kos-kos tambahan yang kurang perlu atau boleh dijimatkan seperti pakaian/aksesori newborn , majlis keraian yang mungkin tidak perlu , susu formula (banyak boleh jimat jika ibu menyusukan bayi dengan susu ibu) dan perkara-perkara lain.

Setelah membuat perkiraan, mulakan tabungan bersama. Istiqamah kan amalan ini hinggalah saat di mana perbelanjaan perlu dikeluarkan kelak.

pakej pantang
Pakej berpantang 2021 pudina confinement
Pakej berpantang 2021 pudina confinement

Pakej berpantang 2021 oleh pudina confinement

Untuk info berkenaan harga dan pakej berpantang ibu ayah boleh melayari laman sesawang kami di https://www.pudinaconfinement.com/ .

Sebaiknya tempahan dilakukan sebaik sahaja ibu memasuki fasa trimester ketiga iaitu 3 bulan sebelum melahirkan bayi. Buat persediaan awal kan lebih bagus.

Ibu ayah yang bakal menanti cahaya mata untuk tahun 2021 , dah boleh menempah sedari sekarang.

Kami doakan proses kelahiran bayi ibu ayah nanti dimudahkan dan mendapat zuriat yang sihat dan comel. Jangan lupa follow kami di instagram dan facebook.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *