4 cara kurangkan bengkak kaki ketika hamil

Bengkak kaki ketika hamil biasa dialami oleh kaum ibu. Justeru jadikan tabiat untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor atau gynae sebarang perubahan kondisi kesihatan ketika hamil.

Always, always , always maklumkan kepada bidan hospital, jururawat atau doktor ketika follow up di klinik jika ibu mengalami bengkak kaki. Keadaan kaki membengkak ketika hamil ini, boleh membawa risiko pre-eclampsia.

Bengkak kaki ketika hamil berisiko pre-eclampsia

Jangan khuatir segera dapatkan nasihat kesihatan daripada pihak klinik ya. Kebanyakkan ibu hamil yang mengalami bengkak kaki tidak berakhir dengan kondisi di atas. Biasanya bengkak kaki akan menjadi teruk sekitar waktu malam dan surprisingly ianya akan surut pada esok paginya.

4 cara surutkan bengkak kaki ketika hamil

  1. Bersenam , bergerak , bersenam , bergerak. Pergerakan membantu circulation of body fluid. Pergerakan senaman yoga , senaman melayu tua , berenang atau sekadar berjalan kaki juga sudah banyak membantu. Jenis senaman ini juga tidak membebankan fizikal ibu.
  2. Kekalkan hidrasi. Minum air kosong atau air mineral. Elakkan minuman manis nanti kene GDM pula ( Gestational Diabetes Mellitus ). Elakkan juga minuman berkafein kerana kafein bersifat menarik air keluar dari badan. Keep in mind , ibu perlu kekal terhidrat untuk perkumuhan bahan toksik dan sodium.
  3. Sarungkan compression socks. Stokin kompres ini perlu cover sehingga ke atas paras betis dan kedap ya. Bukan stokin sekolah yang pendek. Cara yang betul untuk memakai compression socks ialah ketika awal pagi selepas bangun dari tidur. Sarungkan sebelum kaki mula membengkak. Compression tadi menghalang pengumpulan cecair di bahagian sekitar kaki.
  4. Sekiranya ibu perasan kaki mulai membesar , angkat kaki melebihi paras jantung ibu. Lakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring dan tinggikan kaki di atas susunan bantal. Tidur dalam keadaan side lying ke kiri juga membantu mengurangkan bengkak kaki.
compression socks stokin ibu hamil

Prenatal massage juga membantu mengurangkan bengkak kaki ketika hamil. Namun, pastikan terapis anda berkelayakan.

Terdapat juga keadaan kesihatan lain yang ibu perlu perhatikan dan awasi contohnya bengkak kaki berserta bacaan tekanan darah yang tinggi, sakit kepala, pandangan mata yang kabur, muka dan mata yang mulai membengkak, loya dan muntah. Jika kehamilan ibu diganggu oleh keadaan di atas, sila rujuk pakar dengan segera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *